Tuesday, January 10, 2012

Di Sebalik Tepak Sireh

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian.

Dalam adat masyarakat Melayu, tepak sireh merupakan pembuka kata atau pembuka wadah sebelum sesuatu perbincangan dimulakan, misalnya ketika majlis meminang, bertunang dan pernikahan.
Sirih akan diberikan sebagai tanda perkenalan atau tanda persahabatan. Adat ini bermula dengan menyapukan kapur pada daun sirih dan diserahkan pada tamu untuk dimakan sebagai tanda persediaan memulakan sesuatu perbincangan atau perbualan.

Sirih seringkali dikaitkan dengan sistem nilai dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu yang mementingkan sikap saling hormat-menghormati, berbudi-bahasa, bersatu-padu, hidup beradat dan berperaturan. 

Tepak sirih beserta bahan-bahannya dipercayai membawa makna dan pengertian tersendiri bagi orang yang menerima dan yang memberi. Salah satu fungsi tepak sirih dilihat sebagai tali penghubung rasa antara pemberi dan penerima. 

Tepak sirih atau puan selalunya berbentuk terbuka dan di atasnya inilah tersusunindah cembul yang mengandungi pinang, kapur, gambir dan sebagainya dengan kacipyang terselit disampingnya. Keadaan tepak sirih yang terbuka membawa maksud bahawasifat keterbukaan diri amat penting sehingga diri dapat menerima segala perkara positif dan negatif sebagai asam garam dalam kehidupan.

Penampilan tepak sirih yang mempunyai pelbagai rupa dan bentuk dapat menggambarkan nilai estetika mahupun rasa keindahan yang terdapat dalam diri individumasyarakat Melayu itu sendiri. Keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekelilingmereka dijelmakan kembali dalam bentuk-bentuk dan corak-corak yang dihasilkan padatepak sirih. Kebiasaannya, corak dan motif yang tercipta merangkumi unsur-unsur alamseperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, binatang, kosmos dan sebagainya, di manasecara tidak langsung menggambarkan bahawa masyarakat Melayu memiliki idea sertadaya kreativiti yang tersendiri.


Meskipun penggunaan sirih pinang tidaklah diamalkan secara meluas pada zamanini, namun sirih pinang tetap mempunyai fungsi yang penting dalam adat pertunangandan perkahwinan. Pada majlis tersebut daun sirih bersama dengan komponen tepak sirihyang lain dihias cantik dan dipanggil sebagai ‘sirih junjung’ menjadi sebahagian baranghantaran pengantin. Barangan hantaran yang disertakan dengan sirih junjung menjadikan sesuatu majlis itu bertabah bererti dan berseri.

Malah, sirih junjung dijadikan sebagai kepala adat dan mendahului barang-barang hataran yang lain. Tanpa tepak sirih dan sirih junjung, upacare tersebut kelihatan tidak sempurna. Hal demikian kerana sirih pinang menjadi lambang pengikat hubungan dan tanda persahabatan yang erat.


Dalam majlis pertunangan atau perkahwinan, bukan makanan atau minuman yangdihidangkan terlebih dahulu. Malah, sebagai tanda persaudaraan atau perhubungan, sirih junjung akan dihulurkan. Tetamu atau rombongan pengantin perlu menerimanya sebagaitanda kesudian, kerana huluran sirih junjung oleh tuan rumah melambangkan keinginanuntuk menjalinkan hubungan.

0 comments:

Post a Comment